UMB, @tunfaisal dan Blogger APA - Satu Pencerahan Buat Semua


Beberapa blog mula menyerang UMB gara-gara tindakan bekas blogger UMB, Azmi APA yang secara keterlaluan mengkritik pemimpin-pemimpin parti termasuk Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tindakan mengaitkan nama UMB dengan blogger apa adalah tidak tepat serta tidak berasas, kerana blogger  APA bukan blogger UMB. APA hanya bersama UMB hampir dua bulan sebelum bertindak keluar daripada naungan UMB kerana gagal mematuhi etika sebagai jentera parti.

Blogger DOUBLE-Y yang bernaung di bawah UMB baru-baru turut menyifatkan blogger APA keterlaluan dalam penulisannya. Jadi dakwaan kononnya APA masih lagi bernaung di bawah UMB sama sekali tidak tepat!

Malah Pengerusi Unit Media Baru juga turut menafikan penglibatan APA dengan UMB ketika insiden suatu majlis penghargaan melalui artikelnya [SINI]

Dari blog Minda-Hijrah :
1. Saya terpanggil untuk berkongsi maklumat tepat tentang beberapa perkara berkaitan tajuk entri ini selepas terbaca beberapa artikel berkaitan isu ini juga. 
2. Saya adalah antara blogger yang bersama-sama dengan blogger APA bernaung dibawah UMB dan dari situ saya dapat berkenalan lebih rapat lagi. Kemasukan blogger APA dalam UMB juga ada saya paparkan di blog ini. 
3. Banyak cerita saya yang dengari tentang blogger APA dari pelbagai pihak namun demi keadilan sebelum saya membuat penilaian maka saya dengar kisah-kisah 'panas' dari mulut beliau sendiri. 
4. Walaupun kemasukan blogger APA dalam UMB mencetuskan banyak reaksi negatif terutamanya terhadap Pengerusi UMB, namun saya tetap sokong niat baik Tun Faisal yang mahu membantu blogger-blogger terbiar termasuk blogger APA dan saya sendiri untuk bernaung dibawah UMB. 
5. Malangnya, langit tidak selalunya cerah. Kisah silam & tragedi yang telah berlaku terhadap blogger APA nampaknya memberi kesan mendalam hinggakan blogger APA bertindak diluar batasan yang telah ditetapkan UMB. Sebab itu beliau sendiri mengumumkan untuk keluar dan tidak bernaung dibawah UMB demi kepentingan rakan-rakan seperjuangan yang lain.
Baca selanjutnya [KLIK]

0 comments:

Catat Ulasan