Naib Pengerusi UMB @RazlanRafii Sound Nasrudin @Tantawi100 Kerana Membohongi Fakta!!

Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan diselar atas tindakannya berbohong ketika berdebat dengan Pengerusi Jawatankuasa Kerja, Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahya Khamis lalu.

Ketua Pemuda UMNO Seputeh & Naib Pengerusi UMB-PPUM - Razlan Rafii

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh, Mohd. Razlan Mohd. Rafii berkata, tindakan Nasrudin memutarbelit fakta, terutama berhubung kompromi Pengerusi DAP, Karpal Singh terhadap hukum hudud adalah serius dan menuntut penjelasan sewajarnya.

"Nasrudin membuat penipuan terbuka, kononnya pakatan pembangkang menerima hukum hudud padahal pendirian Karpal diketahui umum sebagai pembantah utama hukum tersebut, dia sememangnya tidak akan berganjak.

"Kata Nasrudin, itu pendirian Karpal dua puluh tahun lalu, sekarang sudah berubah. Ini merupakan pembohongan sangat besar kepada rakyat negara ini," ujarnya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Debat anjuran sebuah akhbar tempatan itu mengupas topik bertajuk Pilihan Raya Umum Ke-13: Orang Muda Pilih Siapa? di sebuah stesen televisyen tempatan.

Jelas Mohd. Razlan, pembohongan kedua terbesar yang dilakukan oleh Nasrudin pula adalah ketika mendabik dada mengatakan Pas sebagai parti dominan dalam pakatan pembangkang meskipun hakikat sebenar adalah sebaliknya.

Kata beliau, secara jelas Pas merupakan parti tidak dominan dalam pakatan yang dilihat lebih dikepalai oleh DAP berbanding parti-parti komponen yang lain.

Beliau berkata, tindakan Ketua Pemuda Pas itu cuba memesong fakta sudah cukup menjawab tajuk topik perdebatan berkenaan, iaitu orang muda akan tetap memilih pemimpin yang tidak berbohong.

"UMNO kekal pendaulat utama orang Melayu di negara ini. Sekiranya mereka kalah pada pilihan raya akan datang, nescaya kaum itu akan turut mengikut merundum bersama parti berkenaan," katanya. -UTUSAN


0 comments:

Catat Ulasan