Skandal Plasterman - Betty Chew Tak Berani Hadapi Kenyataan!!



Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, tindakan wakil rakyat DAP termasuk isteri Guan Eng, Betty Chew Gek Cheng (DAP-Kota Laksamana) meninggalkan dewan sebelum sidang DUN bermula membuktikan mereka tidak berani menghadapi kenyataan.

"Kalau dia (Betty) tidak bersalah kenapa dia nak lari. Baru kena sikit dah tak boleh tahan. Buat apa nak cerita di luar dan sebagai wakil rakyat elok beri penjelasan di dalam dewan.

"Kita semua nak tahu tentang gambar yang ditunjukkan oleh ADUN Duyong, Datuk Gan Tian Loo semalam dan isu seorang wanita yang dikaitkan dengan Guan Eng.

"Nampak sangat kelima-lima ADUN DAP ini tidak telus dan demokrasi, bila tidak boleh jawab, mereka bertindak keluar dewan," katanya kepada pemberita sewaktu sesi rehat pada persidangan penggal kelima hari kedua sidang DUN Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini.

Mohd. Ali (BN-Bukit Baru) mengulas mengenai tindakan lima wakil rakyat daripada DAP yang bertindak keluar dewan sebelum persidangan bermula.

ADUN daripada DAP diketuai oleh Goh Leong San (Kesidang) mengambil tindakan keluar dewan selepas tidak berpuas hati terhadap Speaker DUN, Datuk Othman Mohamad ekoran penyiaran gambar Betty dalam akhbar Utusan Malaysia berhubung isu seorang wanita yang dikaitkan dengan suaminya.

Mengulas lanjut tuduhan wakil rakyat pembangkang itu ke atas Othman sebagai konspirasi dengan pihak media, Mohd. Ali berkata, ia tidak berasas langsung.

"Sebenarnya baik Betty atau rakan DAP yang lain tidak berani untuk menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Tian Loo," ujarnya.


dipetik dari blog MPP

0 comments:

Catat Ulasan