skip to main |
skip to sidebar
Khalid Ibrahim Cabar RPK...
Pelik pula respons Khalid Ibrahim yang menganggap video aksi beliau di dalam pejabat Menteri Besar Selangor sebagai satu perkara yang melucukan. Tidak ada lucunya tentang video tersebut malah Khalid Ibrahim perlu serius menyiasat pihak yang bertanggungjawab memasang kamera di dalam pejabat beliau.Atau pun, Khalid Ibrahim 'terpaksa berlakon' dengan gelak ketawa supaya isu besar itu tampak tidak serius dan perkara biasa sahaja? Mungkin Khalid Ibrahim mengambil iktibar daripada Lim Guan Eng DAP dan Anwar Ibrahim yang melenting tak tentu pasal apabila ditanyakan soalan-soalan oleh wartawan? Dek melenting itu, rakyat menjadi lebih curiga kepada kedua-dua pemimpin Pakatan Rakyat itu.Atau pun, Khalid Ibrahim mengharapkan sangat agar nama-nama yang disyaki akan didedahkan serta kaitannya dengan rival beliau, Azmin Ali?Atau pun Khalid Ibrahim mungkin resah gelisah jika ada aksi-aksi 'terlampau' dalam pejabat tersebut yang dirakamkan?Kita tunggu dan lihat!Sila baca di bawah :Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mencabar penulis blog Raja Petra Kamaruddin mendedahkan lagi rakaman video tersembunyi sewaktu beliau berada di dalam pejabatnya.
Bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco, Khalid dengan sinis "menggalakkan" penulis blog kontroversi itu "mempamerkannya supaya orang ramai dapat tengok".
"Ini adalah permainan yang lucu, jadi teruskanlah."Saya mendapatinya begitu menjengkelkan, begitu tidak bertanggungjawab. Tetapi sejak ia merupakan satu cara hidup, saya harus menerimanya," kata sambil ketawa.
Raja Petra sebelum ini membuat spekulasi bahawa kamera tersembunyi dipasang oleh musuh Khalid untuk merakamkan keadaan mencurigkan beliau bersama dengan seorang pembantunya.
Penulis blog itu mendakwa pihak yang rapat dengan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali memiliki banyak rakaman video yang boleh menjatuhkan Khalid.
Pada Ogos 2010, Khalid dilapor berkata beliau mennjumpai video kamera tersembunyi di pejabatnya. - MK.
0 comments:
Catat Ulasan