#BNYCT BN Youth Cyber Team - Awasi Kemunculannya!! @KhairyKj @TunFaisal
^^ klik untuk dapatkan imej lebih besar ^^
SETELAH sekian lama berlangsung tanpa sebarang koordinasi khusus, sayap-sayap Pemuda di bawah Barisan Nasional bakal digabungkan dan bergerak sehala bagi menepis segala retorika & propaganda pembangkang di ruangan siber.
BN YOUTH CYBER TEAM akan dilancarkan secara rasmi oleh Pengerusi Pergerakan Pemuda Barisan Nasional, YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada 8 Ogos ini (Rabu) pada jam 12.30 tengah hari.
Semua pahlawan siber BN yang berminat untuk menyertai BNYCT dijemput untuk menghadiri majlis pelancaran program ini di Dewan Seri Endon, PWTC pada hari Rabu nanti.
Ayuh lupakan sengketa sesama, kini masa yang tepat untuk berganding bahu bagi membuktikan BN masih berdaya mengibarkan panji pemerintahan dengan gagah selepas PRU13.
Hapuskan petualang yang cuba mengugat keharmonian di negara Malaysia tercinta ini... GEMPUR TERUS!!
Will be there!
BLOGGER PRO KERAJAAN WAJIB AKTIF BERSUARA DAN BERDISKUSI DI MALAYSIAN INSIDER DAN PROTAL PEMBANGKANG
Sekadar pandangan...
Penulis perhatikan Malaysian Insider mahupun Malaysiakini atau Harakah daily bebas memberi pendapat dan Kerajaan atau blogger pihak pro kerajaan tidak menjawab atau membalas memberikan maklumat sebenar untuk pengetahuan orangramai. Akibat diam atau malas nak komen penulisan mereka, ia menjadikan tohmahan dan fitnah mereka terhadap kerajaan adlah betul. Dan jika dibiarkan rakyat yang membacanya mempercayai cerita yang dibawakan oleh portal pro pembangkang.
Penulis sarankan di wujudkan team cyber khas untuk menjawab dan membidas balik anggapan dan saranan serta pendapat pro pembangkang. Blogger yang berbahasa Inggeris perlu diperbanyakkan dan diberi gaji khas serta ruang kerja untuk menulis dan mematahkan `arguement’ pihak lawan dengan baik.
Blogger ini perlu diberi latihan dan harus berkerja di dalam satu pasukan. Input politik diberikan dari masa kesemasa supaya blogger ini berupaya mengendalikan peperangan cyber.
Penulis pernah mencadangkan penubuhan Tabung Peguam Muda Melayu dan konsepnya boleh digunapakai untuk cadangan Tabung Blooger Muda Melayu. Tabung ini boleh membantu membiayai kos penyewaan, api dan air dan internet,kerusi meja dan komputer. Kadang-kadang boleh digunakan membayar elaun blogger part time berdasarkan kepada jumlah penulisan. Etika penulisan yang baik harus dipeliharaan.
Penulis melihat blogger pro kerajaan semakin ramai bilangannya (syabas) akan tetapi mereka tidak melawan arguement pihak pro pembangkang dan tidak memberikan kemenangan kepada kerajaan. Penulisan mereka harus dikomen balik.
Ikhlas dari
Nasirwise.blogspot.com
setuju dengan group ni . saya sebagai anak muda akan menyebarkan group ni kepada rakan2 saya di mana mereka rata2nya secara direct telah diracuni fikiran nya oleh pihak pembangkang .