#BNYCT Tangkis Dakwaan Orang Muda Sokong Pakatan! @NajibRazak @KhairyKj @TunFaisal


Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin hari menuduh beberapa portal berita yang mesra pembangkang seperti Malaysiakini dan The Malaysian Insider membuang komen pembaca yang menyokong BN.

Menurut Khairy, tindakan editor portal berita berkenaan yang menyekat komen pembaca yang menyokong BN bertujuan memberi gambaran bahawa kononnya golongan muda menyokong Pakatan Rakyat.

Sehubungan itu, Khairy berkata, penubuhan pasukan Siber BN atau 'BN Youth Cyber Team' (BNYCT) hari ini bertujuan menangkis dakwaan itu selain sebagai platform baru bagi menghadapi gelombang Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.


Menurutnya, platform ini dapat dijadikan gelombang penyebaran maklumat kepada masyarakat terutama pengundi muda dan pengundi atas pagar.

"Dalam menyampaikan maklumat melalui media baru, kita berharap platform ini dpt jadi satu gelombang yg mana maklumat dari BN dapat disampaikan kepada masyarakat umum terutama generasi muda dengan lebih tepat dan tersusun," kata beliau pada sidang media pelancaran BN Youth Cyber Team di Dewan Sri Endon Menara Dato' Onn, PWTC hari ini.

Menyedari trend pergantungan media oleh generasi muda telah berubah, Khairy berharap platform ini dapat digunakan bagi menjawap serangan jentera pembangkang yang menyebarkan fitnah serta maklumat palsu seperti di laman sosial Facebook dan Twitter.

Bagaimanapun katanya, BN Youth Cyber Team ini berbeza daripada jentera maya BN yang lain kerana ia lebih kepada agen penyampaian maklumat yang betul serta jawap balas kepada penyokong parti itu.

"Ini lebih kepada membina rangkaian supaya jika ada yang tertanya-tanya mengenai bagaimana hendak menjawab hujah-hujah daripada pembangkang.

"Akan ada gelombang yang memberi penjelasan tentang apa sahaja isu, tanpa serang pembangkang. Sebab inilah fakta yg sebenar," katanya.

Malah kata Ahli Parlimen Rembau ini, dengan adanya platform ini, golongan muda tidak akan merasakan seolah-olah mereka bersendirian diruang siber dalam menyokong BN.

Menjawab kepada pemberita, beliau tidak mensasarkan berapa jumlah pengikut BNYCT dan penyertaannya terbuka kepada semua.

Turut hadir Pengerusi Unit Media Baru, Tun Faisal Ismail Aziz, Timbalan Pengerusi Pemuda BN, Datuk Rozali Ibrahim dan pemimpin parti komponen BN lain.

Beberapa program lanjutan turut dirangka BNYCT seperti Program Maklumat Pendampingan Siber Pertama yang melibatkan siber pusat dan pelancaran siber kedua di peringkat negeri serta kemuncaknya adalah program Simulasi Pendampingan Siber PRU13 pada September. -antarapos



sila layari laman web BNYCT
klik!-----> bnycyberteam.net


.

1 comments:

  • Unknown says:
    9 Ogos 2012 pada 11:08 PG

    Salam perjuangan, Mohon dilink blog hamba disini.
    Terima Kasih..http://klboyzwangsa.blogspot.com/

Catat Ulasan