Asalkan Menang, Nik Aziz Tidak Nampak Silap DAP


KOTA BAHARU 11 Okt. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, parti itu sanggup dianggap mencapai kemenangannya dalam perjuangan politik atas pertolongan atau sokongan parti lain termasuk DAP. Menteri Besar Kelantan itu berkata beliau juga tidak nampak apa yang silap tentang DAP.

"Saya tidak nampak di mana silapnya DAP sehingga ada pihak yang mempersoalkan tindakan PAS "bersekongkol" dengan parti itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pasar Saidina Ali, di Pekan Kok Lanas di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Sasterawan Negara Profesor Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad bahawa perjuangan politik Pas kini tidak lagi menepati kehendak Islam apabila ia bekerjasama dengan DAP.
Dr Shahnon yang juga anggota seumur hidup Pas mendakwa apa yang dilakukan parti itu sekarang hanyalah menurut kehendak politik DAP.

Pendekatan seumpama itu bercanggah dengan kehendak Islam kerana Pas sepatutnya memimpin dalam memperjuang Islam, katanya. - BERNAMA

0 comments:

Catat Ulasan