Kelantan Perlu Kaji Semula Pembangunan Lembah Sireh


KOTA BAHARU 18 Okt. - Kerajaan Kelantan perlu mengkaji semula program pembangunan Lembah Sireh, di tebing Sungai Kelantan di sini, kerana dilihat tidak memberi keuntungan kepada penduduk setempat.

Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh berkata, projek mega yang mahu dibangunkan di Lembah Sireh itu sebenarnya meminggirkan penduduk setempat yang telah lama membangunkan kawasan berkenaan dengan projek pertanian.

"Penduduk di situ telah hilang pendapatan mereka yang sebelum ini kawasan itu dijadikan tempat penanaman sayur dan kini kawasan itu diambil kerajaan negeri untuk projek pembangunan lain.

"Mereka kini sudah tidak ada tanah untuk mencari rezeki. Pendapatan mereka pun sudah tidak ada. Ini yang perlu kerajaan negeri kaji bagaimana mahu membantu penduduk yang rata-ratanya adalah petani," katanya kepada pemberita selepas merasmikan perlawanan akhir Kejohanan Liga Bola Sepak Piala Datuk Fatmi 2012 di sini hari ini. -BERNAMA

0 comments:

Catat Ulasan