Tiada Siapa Mampu Ganti Tempat Nik Aziz


ALOR SETAR 17 Okt. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat disifatkan sebagai 'terlajak cakap' apabila menyatakan tiada sesiapa yang layak menggantikan beliau memegang jawatan tersebut.

Seorang aktivis Pas, Datuk Muslim Othman berkata, sebenarnya ramai golongan ulama termasuk golongan muda dalam parti itu yang layak tetapi tidak diketengahkan dalam saf kepemimpinan.

"Kalau kata tak ada yang layak itu tak betul dan tidak harus berlaku begitu sebab ada ahli yang kepimpinannya tersorok dan tidak dicungkil dan diketengahkan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Beliau yang pernah menyandang jawatan Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz dalam satu majlis bahawa tiada siapa dalam Pas yang layak menggantikan beliau untuk memegang jawatan Mursyidul Am. -Utusan

0 comments:

Catat Ulasan