Ketua Pemuda UMNO Belasah Pakatan Rakyat Selangor


Ketua Pemuda Umno dan Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin menyifatkan Kerajaan Negeri Selangor hipokrit kerana membangkitkan isu penjana tenaga bebas (IPP) dan tol lebuh raya, tetapi pada masa sama mereka mempunyai kepentingan dalam syarikat terlibat dalam kedua-dua aktiviti itu.

Khairy, yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, walaupun kerajaan negeri pimpinan pakatan pembangkang sering mengkritik tindakan kerajaan Persekutuan dalam isu IPP dan tol, namun ia masih mempunyai kepentingan dalam IPP generasi pertama, syarikat Genting Sanyen (Malaysia) Sdn Bhd dan Lebuhraya Shah Alam (Kesas).


"Mereka mengkritik, menentang tetapi pada masa sama menerima keuntungan dividen daripada pelaburan IPP tersebut... ini menunjukkan mereka hipokrit, langsung tidak apologetik.

"Walaupun pelaburan tersebut dilakukan sebelum pembangkang mengambil alih Selangor, tetapi sudah empat tahun mereka tadbir, tiada sebarang usaha diambil oleh pakatan pembangkang untuk melupuskan pegangan saham atau pelaburan dalam Genting Sanyen, " katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini. [SELANJUTNYA]

1 comments:

  • MMI says:
    25 Oktober 2012 pada 12:10 PG

    Salam perjuangan .. Mohon dipautkan blog MMI mahamissa.blogspot.com terimakasih.

Catat Ulasan