Pengganas Dari Malaysia Mungkin Dapat latihan Di Negara Jiran : PAT


KUALA LUMPUR 28 Okt. - Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin tidak menolak kemungkinan sebilangan rakyat Malaysia yang direkrut oleh gerakan militan antarabangsa al-Qaeda menerima latihan di sebuah negara jiran.

Beliau berkata, berdasarkan beberapa gerakan militan yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas al-Qaeda beroperasi di negara jiran itu, merupakan salah satu faktor ada segelintir rakyat Malaysia yang direkrut di negara itu.

"Kita tidak boleh menyangkal perkara ini, mungkin mereka dilatih di sebuah negara jiran sebelum menyertai kumpulan militan dan kemungkinan juga mereka dilatih di negara kita. Perkara ini kita perlu lakukan siasatan dan kita tidak boleh ramal terlalu awal," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. -BERNAMA

0 comments:

Catat Ulasan