Wan Azizah Digesa Campur Tangan


KUALA LUMPUR 28 Okt. - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail perlu segera campur tangan serta bertegas di dalam konflik yang berlaku di Selangor kerana beliau merupakan ketua PKR iaitu parti yang telah diberi mandat memerintah negeri berkenaan.

Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhamad Rahimi Osman berkata, jika Wan Azizah enggan mengambil tanggungjawab tersebut, adalah lebih baik beliau meletakkan jawatan.

Malah, kata Muhamad Rahimi, sekiranya isteri kepada Ketua Pembangkang itu berpendapat kepimpinan parti tidak lagi dapat dikawal ekoran isu yang melanda Selangor pada masa ini, bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu wajar mengambil tindakan membubarkan PKR.

"Berhentilah jadi seorang presiden parti hanya semata-mata Wan Azizah isteri Anwar. Wan Azizah sepatutnya menjadi presiden parti yang mampu memainkan peranan yang lebih penting termasuk boleh mengawal setiap masalah." -Utusan

0 comments:

Catat Ulasan