HUDUD : MCA vs DAP
Polemik isu hudud melibatkan DAP dan MCA, sebenarnya menarik untuk diperhatikan kerana ia membabitkan pertarungan dua buah parti Cina yang masing-masing cuba menonjolkan kejaguhan mereka berhubung isu tersebut dalam merebut sokongan pengundi Cina.
DAP sejak lama dulu diketahui ramai agak konsisten dan keras pendiriannya terhadap Islam serta orang Melayu, bagi mereka negara ini perlu ditadbir samarata tanpa melebihkan kaum atau agama tertentu, walau hakikatnya DAP sendiri pun tidak pernahpun berlaku adil dan samarata terhadap orang Melayu Islam.
MCA pula sejak prestasinya jatuh merudum pasca PRU 12, mereka seakan tertekan dengan kebangkitan DAP, lebih-lebih lagi semenjak tsunami politik 2008 itu telah memberi impak besar terhadap kejatuhan moral ahli-ahli dan pemimpinnya.
Menyedari isu hudud PAS merupakan api dalam sekam dalam hubungan DAP dengan PAS serta banyak mempengaruhi corak pengundian orang Cina, sejak akhir-akhir ini MCA kelihatan cuba menandingi DAP dalam isu hudud. [SETERUSNYA]
0 comments:
Catat Ulasan