PANAS! Harakah Dikritik Kerana Semakin Tersasar


KOTA BHARU - Lidah rasmi Pas Harakah dan portalnya, Harakahdaily dikritik hebat pada Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas kali Ke-53 di sini Khamis kerana melaga-lagakan pimpinan parti itu dan mempromosikan 'idea sesat'.

Ketua Pemuda Pas Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamad berkata, perkembangan terakhir ini jelas menunjukkan bahawa Harakah semakin tersasar daripada asas perjuangannya.

Beliau berkata, ia tidak sepatutnya berlaku sama sekali kerana ia akan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat terutama ahli dan penyokong Pas yang menjadi pembaca setia.

"Sedikit contoh pemberitaan yang tidak sepatutnya berlaku, pertama dalam isu yang melanda dua bekas pimpinan Datuk Dr. Hassan Ali dan Nasharuddin Mat Isa, Harakah sebagai lidah rasmi tidak sepatutnya menyiarkan berita tersebut tetapi Harakah menjadi batu api menyiarkan di muka depan. -UTUSAN

0 comments:

Catat Ulasan