Pas Kedah Dikritik Kerana Gagal Menjaga Kebajikan Wanita


KOTA BHARU - Kerajaan Pas Kedah dikritik kerana masih gagal menjaga kebajikan golongan wanita di negeri itu serta mengiktiraf mereka yang banyak berjasa meskipun telah memerintah selama empat tahun.

Perwakilan Kedah, Sarina Ismail berkata, Kerajaan Pas Kedah sepatutnya membuka lebih banyak peluang kepada wanita untuk mencari sumber pendapatan sendiri selain membelanjakan hasil negeri terutama dalam industri balak kepada golongan itu bukannya sebaliknya.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan setiap pemimpin Pas agar tidak lupa diri dan menggunakan jawatan yang ada demi kepentingan peribadi sebaliknya kembali kepada perjuangan asal membela ummah.

"Di Kedah kami masih setahun jagung berbanding di Kelantan. Kita dapati masih ramai wanita yang kurang berkemampuan terpinggir mendapat hak mereka terutama sekali hak-hak kebajikan dan dengan ini perlu kebijaksanaan muslimat di kawasan masing-masing agar golongan ini dapat dibantu. -UTUSAN

0 comments:

Catat Ulasan