PM : Selamat Berjaya Kepada Calon SPM
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan ucapan selamat berjaya kepada calon-calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang akan bermula hari ini.
Ucapan itu disampaikan Najib melalui laman sosial Twitternya @Najib Razak malam semalam.
"Saya berdoa agar calon-calon berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM bermula esok. Kepada guru dan ibu bapa, semoga usaha-usaha pendidikan akan membawa hasil," katanya yang kini berada di Vientiane, Laos untuk menghadiri Sidang Kemuncak Asia-Eropah ke-9 (ASEM 9).
Sebanyak 472,541 calon akan menduduki peperiksaan SPM di 3,590 pusat peperiksaan di seluruh negara mulai hari ini hingga 6 Disember ini. -Utusan
0 comments:
Catat Ulasan