Budaya Masyarakat Minoriti Akan Dipertahankan
PASIR MAS - Kerajaan akan memastikan budaya masyarakat minoriti di negara ini terus dipertahankan agar ia kekal sebagai warisan negara pada masa depan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, sekiranya budaya masyarakat tersebut tidak dipelihara dengan baik ia boleh tenggelam dalam budaya masyarakat yang lebih besar.
"Jadi ini satu usaha kita untuk memastikan budaya masyarakat ini terus berkekalan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Loy Krathong Peringkat Negeri Kelantan di Wat Uttamaram di sini malam semalam. -Utusan
0 comments:
Catat Ulasan