Transformasi Politik Perlu Dilakukan Oleh Kelantan
KOTA BHARU - Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali menyeru rakyat Kelantan agar segera melakukan transformasi politik dengan menukar kerajaan sedia ada kepada kepemimpinan baharu yang benar-benar layak mentadbir negeri ini.
Dalam masa sama, Ibrahim turut meminta rakyat di negeri ini mengetepikan perasaan terlampau sayang terhadap Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan terpaksa memberinya peluang untuk memimpin sehingga hari ini.
Beliau berkata, semua orang sayang Nik Abdul Aziz dan menghormati beliau sebagai seorang ulama, namun keutamaan dan perasaan kasih harus diberikan kepada negeri ini dan rakyat.
Nik Abdul Aziz dan Pas sudah tidak berupaya mentadbir negeri ini walaupun sudah 22 tahun diberikan peluang memerintah. -Utusan
0 comments:
Catat Ulasan