#AES Ditangguhkan : Atas Desakan Pemuda UMNO, Bukan Pembangkang Yang Tahu Meroyan Sahaja


SHAH ALAM - Jabatan Peguam Negara mengambil keputusan untuk membekukan kesemua prosiding berkaitan dengan saman kesalahan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), yang dimulakan sejak dua minggu lalu, sehingga beberapa aspek perundangan dan teknikal diselesaikan.

Satu kenyataan dikeluarkan oleh jabatan itu petang ini menyebut bahawa langkah membekukan prosiding diambil bagi meneliti kesemua isu yang dibangkitkan berkaitan dengan kes saman AES.

Bagaimanapun menurut Jabatan Peguam Negara, saman-saman berkaitan kesalahan AES, yang muncul kontroversi, yang dikeluarkan masih sah.

Kata Jabatan Peguam Negara, ekoran perkara-perkara yang dibangkitkan oleh beberapa pihak berkenaan dengan undang-undang dan aspek teknikal, maka pihaknya memutuskan untuk meneliti segala aspek berkenaan.

"Satu keputusan akan dibuat dalam beberapa hari lagi berkenaan isu-isu yang telah dibangkitkan," kata kenyataan jabatan itu.

Kata kenyataan itu, berkaitan dengan empat saman AES yang dilepas tanpa dibebaskan, Jabatan Peguam Negara akan meneliti semula dan akan mendaftarkan semula saman berkenaan jika memerlukan tindakan pendakwaan. [SELANJUTNYA]

0 comments:

Catat Ulasan