Nak Kena Silat Hadi Awang Ni, Baru Dia Tau!!!


Hadi Awang tidak layak kafirkan sesama Islam - Omardin

KOTA BHARU - Seramai lapan juta ahli silat di seluruh negara mendesak Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik amanatnya pada 1981 yang menggambarkan UMNO kafir.

Presiden Majlis Pendekar Malaysia ( MPM ) Tan Sri Omardin Mauju berkata, amanat itu tidak wajar kerana menjadi punca kepada berlakunya perpecahan dalam kalangan orang Melayu dan Islam di negara ini.

Tegasnya, Abdul Hadi perlu menebus kesilapannya kerana disebabkan amanat itu sehingga hari ini puluhan ribu penyokong tegar Pas masih menganggap ahli UMNO sebagai kafir.

Beliau berkata, adalah tidak wajar apabila orang UMNO yang mengucap dua kalimah syahadah dan melaksanakan syariat agama dihukum kafir. -Utusan

0 comments:

Catat Ulasan