Anwar Perlu Berhenti Putar Alam!


SHAH ALAM – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu berhenti mengkritik Perhimpunan Agung Umno 2012 kerana semasa beliau di dalam Umno, perhimpunan itu menjadi platformnya mengukuhkan kuasa dan menyerang Pas dan DAP.

Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd Nor berkata, Anwar, yang juga Ketua Umum PKR, sepatutnya malu kerana Umno mengamalkan demokrasi lebih baik daripada PKR hanya agih kuasa kepada anak-beranak dan kroni.

Menurutnya, Anwar perlu berhenti mengkritik dan memperkecilkan Perhimpunan Agung Umno yang didakwa hanya memfokuskan kepada strategi mempertahankan kuasa pemimpin parti teras Barisan Nasional (BN).

“Perhimpunan Umno ketika ini lebih baik kerana tiada lagi pemimpin rakus terhadap kuasa seperti beliau dalam Umno dahulu. Kedudukan Umno kini lebih baik berbanding zaman beliau bersama parti itu.

“Saya pernah menjadi Setiausaha Politiknya. Anwar mengarahkan secara langsung dan meminta saya mengaturkan agenda beliau,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, Anwar mendakwa Perhimpunan Agung Umno sebagai platform pemimpin Umno untuk mengekalkan kedudukan kuasa menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), bukannya menjaga kebajikan rakyat. -SH

0 comments:

Catat Ulasan