Mereka Berdosa Kepada DS @NajibRazak

Dari Blog Dr.MiM




DS Najib Razak telah bersumpah muhabalah. Foto yang digunakan untuk memfitnah pun disahkan photoshop. 

Tetapi pembangkang dan pencacai-pencacai masih mahu menabur fitnah tanpa berasa salah menanggung dosa tersebut. 

Pendedahan terbaru di bawah juga akan membuatkan pencacai-pencacai pembangkang terkedu malu berdosa kerana selama ini telah memfitnah Najib Razak!
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mendedahkan bahawa Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah memanggil pimpinan tertinggi Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung tuduhan bahawa Timbalannya, Datuk Seri Najib Razak terbabit dalam pembunuhan penterjemah warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu. 
Menurut Musa Hassan, beliau sendiri memberi taklimat kepada Bekas PM Pak Lah mengenai tuduhan yang dilemparkan terhadap Najib. 
"Saya beri taklimat kepadanya (Abdullah) saya katakan yang terlibat (ialah) Abdul Razak Baginda bersama dua anggota polis (yang telah disabitkan dengan tuduhan pembunuhan tersebut). 
"Beliau (Abdullah) tanya Datuk Seri Najib ada terlibat sama? Saya kata tak ada menunjukkan dia terlibat sama,” kata Musa dalam wawancara dengan Malaysiakini minggu lalu. 
Bekas IGP itu juga berkata, adalah tidak benar dakwaan bahawa isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor berada di tempat kejadian semasa Altantuya dibunuh.

"Orang boleh spin macam-macam kata isteri Najib pun ada masa sama (Altantuya diletupkan). Saya dapati (mereka) tak terlibat," katanya sambil menambah yang melakukannya ialah dua anggota polis terbabit.

Musa berkata, taklimat itu diberikan kepada Abdullah selepas penyiasatan polis selesai dan keputusan diambil untuk mendakwa Abdul Razak dan dua anggota polis tersebut pada awal tahun 2007.

1 comments:

  • SopheaMaya says:
    3 Jun 2012 pada 7:43 PTG

    tinggalkanlah pendebatan sekalipon kamu di pihak yg benar.

Catat Ulasan