Nik Aziz #MBMalas Bakal Dilaknat Kerana Tidak Peduli Kesengsaraan Pengundi di DUN Sendiri?
Siapakah pemilik mykad di atas?
Untuk pengetahuan pembaca pemilik mykad di atas merupakan salah seorang pengundi di Dun Chempaka yang diwakili oleh Menteri Besar Kelantan iaitu Nik Aziz Bin Nik Mat.
Walaupun hampir 22 tahun Nik Aziz Nik Mat memegang jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan dan memegang kerusi Dun Chempaka yang berada di bawah parlimen Pengkalan Chepa ternyata beliau seorang yang gagal menunaikan amanah yang diberikan kepadanya.
Mariam Binti Mat Deris merupakan salah seorang daripada 20 keluarga daif yang menetap di rumah usang yang mana sehingga kini tiada sebarang bantuan yang diterima daripada kerajaan negeri PAS Kelantan.
Nik Aziz ternyata gagal menunaikan amanah beliau sebagai pemimpin kepada rakyat Kg. Pulau Gajah. Ikuti tulisan blogger Double-Y :
Kg. Pulau Gajah merupakan sebuah perkampungan pesisir pantai Sabak yang terletak di bawah DUN Chempaka dan diwakili oleh Menteri Besar Kelantan iaitu Nik Aziz Bin Nik Mat dan jarak perkampungan ini dari rumah Menteri Besar Kelantan sekitar 10 kilometer sahaja.
Bila kita mengatakan Menteri Besar merupakan wakil rakyat kawasan tersebut, semestinya kita menganggap rakyat yang berada di DUN yang diwakili oleh Menteri Besar sendiri akan terjaga segala kemudahan serta kebajikan mereka.
Tetapi sebaliknya berlaku di Kg. Pulau Gajah, kerana walaupun wakil rakyat mereka berjawatan Menteri Besar Kelantan selama 20 tahun segala kemudahan serta kebajikan mereka nampaknya masih tidak terbela.
Tiga hari lepas saya dan blogger 1peluru berkesempatan menziarahi beberapa penduduk Kg. Pulau Gajah bersama beberapa rakan dari Kelantan Cyber Warriors (KCW) iaitu Gelombangkick, AOK, Persada Pasir Mas, dan Perigi Timur bagi meninjau sendiri kedaifan penduduk di perkampungan tersebut.
Sebaik sahaja tiba di perkampungan tersebut, saya amat terkejut serta tidak menyangka masih ada rakyat Kelantan yang miskin dan daif walaupun kita telah memasuki tahun 2012.
0 comments:
Catat Ulasan