BN Akan Umum Manifesto Lebih Awal


Setiap kali menjelangnya Pilihanraya Umum sudah menjadi kewajipan bagi parti-parti politik yang bertanding mengemukakan manifesto masing-masing untuk untuk dinilai dan dipertimbangkan oleh rakyat khususnya para pengundi.

Melalui manifesto yang dibentangkan itu para pengundi akan lebih memahami hala tuju dan perancangan sesebuah parti politik atau gabungan yang disertainya sama ada ia bermanfaat kepada rakyat dan negara atau sebaliknya.

Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU 13) yang akan berlangsung tidak berapa lama lagi ini dijangkakan paling sengit dalam sejarah, untuk itu setiap manifesto oleh parti politik juga dijangkakan akan lebih menarik dari sebelumnya.

Menurut sumber-sumber dalaman yang diperolehi, BN sebagai peneraju Kerajaan Pusat kini sedang dalam proses akhir untuk menyediakan manifesto sempena PRU 13 kelak.

Sebelum ini, sudah menjadi tradisi BN membentangkan manifestonya beberapa hari sebelum hari penamaan calon, bagaimanapun BN kali ini dijangkakan akan mengumumkannya lebih awal dari kebiasaannya.

Berkemungkinan manifesto BN itu akan diumumkan dua minggu sebelum hari penamaan calon bertujuan bagi membolehkan lebih ramai rakyat dan para pengundi mengetahui dan memahami isi kandungannya. [SETERUSNYA]

0 comments:

Catat Ulasan